Jumaat, Januari 28, 2011

panduan memilih nama anak.

amboiii super xcited aku ni.awal2 da google nama anak. /blush ntah la mmg camni kot perasaan bakal2 ibu.x slh pon kan kalo cr nama anak wlwpon kandungan aku ni masih awal.papepon aku sentiasa berdoa supaya ALLAH swt sentiasa melindung aku + kandungan ku.ok ok back to topic.ni nak share zmn skunk ni a.k.a zaman modern,org sume nak pilih nama anak yg up 2 date.x kesah la.but make sure nama tu sesuai dan ada makna yang baik2 belaka.jangan la pilih yang pelik2 kot ye pon nak nama glamor2. utk panduan kite bersama aku nak share ape yg aku dpt kat ms aku google psl nama2 indah dlm islam



Nama-nama Dilarang dalam Islam 
AbkamTidak celik, buta
AbiqahHamba yang lari dari tuannya
AfinahYang bodoh
AsyarPaling jahat
AsyirahYang tidak bersyukur atas nikmat
AmahHamba suruhan perempuan
BaghiahYang zalim, jahat
BahimahBinatang
BalidahYang bodoh, bebal
BakiahYang menangis, merengek
BaqarahLembu Betina
BatilahYang batil, tidak benar
DabbahBinatang
DahriyahYang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
DahisyahGoncang, stress
DarakahKedudukan yang rendah
DaniyahYang lemah dan hina
Dami'ahYang mengalir air matanya
FasidahYang rosak, yang binasa
FasiqahYang jahat, si fasik
FasyilahGagal, kalah
FajirahYang jahat, yang berdosa
Faji'ahKecelakaan
GhafilahYang lalai, yang leka
GhailahKecelakaan, bencana
GhaibahHilang
GhasibahPerampas, perompak
GhamitahYang tidak mensyukuri nikmat
GhawiahYang sesat, yang mengikut hawa nafsu
HaqidahYang dengki
HasidahYang hasad
HazinahYang sedih
HuznKesedihan
KhabithahYang jahat, yang keji
Khali'ahYang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ahYang bersalah, yang berdosa
KhasirahYang rugi
KhamrahArak
JariahHamba suruhan perempuan
JafiahYang tidak suka berkawan
KaibahYang sedih
KafirahYang kafir, yang ingkar
KamidahYang hiba, yang sangat berduka
KazibahPendusta, pembohong
LahabBara api
LaghiahSia-sia, tidak berfaedah
La'imahYang tercela
Nuffnang Ads
LainahYang terkutuk
LahifahYang sedih, menyesal dan dizalimi
MaridahYang menderhaka
MajinahYang bergurau senda tanpa perasaan malu
MajusiahAgama menyembah api atau matahari
MunafikahYang munafik
MusibahCelaka, bencana, kemalangan
NariahApi
NasyizahYang menderhaka dan melawan suami
NajisahYang najis dan kotor
QabihahYang buruk, hodoh
QatilahPembunuh
QasitahYang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
QazurahKejahatan, perzinaan
RajimahYang direjam, yang dilaknat
Razi'ahKecelakaan, musibah
RazilahYang keji dan hina
SakitahYang jatuh, yang hina, yang jahat
SafilahYang rendah dan hina
SahiahYang pelupa
SakirahPemabuk
SyafihahYang bodoh
SyaridahYang diusir
SyaqiyahYang menderita
Syarrul BariyyahSejahat-jahat manusia
Syani'ahYang buruk
SyarisahYang buruk akhlak
SyatimahMaki hamun
SyariqahPencuri
TalifahYang rosak, yang binasa
TarbiyahYang papa kedana
TarikahAnak dara tua
TafihahKarut
TalihahYang tidak baik
YaisahYang berputus asa
YabisahYang kering, yang sedikit kebaikannya
WahinahPenakut
WaqihahYang kurang sopan dan malu
WasikhahYang kotor
WasyiahYang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
WahimahYang lemah
WahiahYang lemah, yang jatuh, yang buruk
WajilahPenakut
WailahBencana, keburukan
Waqi'ahPertempuran dalam peperangan, umpatan
ZalijahKebinasaan
ZalilahYang hina
ZalimahYang zalim
ZaniyahPenzina, pelacur
ZufafahRacun pembunuh
 hope benda ni boleh membantu kita semua.x kesah la utk ibu yg sedang mengandung ke,planning nak tambah anak ke,yg belum dikurniakan ke,yg nak kawen ke,yg belom kawen ke..ishh utk semua la senang cite :)



i adore dis lil girl.SubhanaALLAH.

/bye

Isnin, Januari 24, 2011

Perkembangan Bayi

Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan
(Minggu pertama hingga minggu ke 16)
Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Perlu dielak ketika hamil

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari , risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga
Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
* Air kencing
* Tekanan darah
* Berat badan
* Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
* Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
* Air kencing
* Tekanan darah
* Berat badan

Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Pentingnya Pemakanan

1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine . Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.

2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.

3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Satu-satunya rumusan yang ada di pasaran untuk ibu diawal kehamilan adalah Salindah.

Oleh itu Mengandung.com amat mengalakkan serta mensarankan agar ibu-ibu hamil mengambil produk lengkap Salindah dari awal kehamilan sehinggalah habis pantang.

SENAMAN

Senaman Bagus Untuk Mental
Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boelh mneingkatkan tahap kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan stress. Kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten beserta pengambilan STAMINEX, ENERGEE serta EXAMO-CKM 500 akan dapat membantu anda stress atau tekanan perasaan dengan berkesan.

Meningkatkan Tenaga Otak
Senaman yang konsisten boleh meningkatkan tindakbalas masa (reaction time), konsentrasi, kreativiti dan keupayaan mental. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam tubuh untuk mengepam darah menghantar oksigen ke saluran darah dan dihantar dengan cepat ke otak. Pengkaji percaya perubahan tersebut merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat.

Melambatkan Proses Penuaan
Dengan hanya melakukan aktiviti yang 'simple' seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh menghalang tahap penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan kerap mereka berjalan, semakin perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Mengurangkan Stress
William P Morgan dari University of Wisconsin mendapati senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasaan marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi kesan gangguan pada jantung. Dengan senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, menjadikan kita lebih rasional menangani maslaah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa seperti kita beryoga.

Secara saintifiknya aktiviti yang dilakukan ini sebenarnya boleh meningkat kimia seperti adrenalin, serotonin, dopamin dan endorphin di dalam otak. Anda akan rasa seronok, tenang dan berkeyakinan. Dipresi juga dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti senaman selama 30 minit 3 kali seminggu.

Selain daripada rasa sihat, kuat dan bertenaga, senaman juga boleh meningkatkan keyakinan (self esteem).

Posisi Tidur
Sebaiknya ibu hamil tidur dalam keadaan mengiring ke kanan ataupun ke kiri. Ini kerana ia dapat mengelakkan rahim daripada menekan pada pembuluh darah besar yang terdapat di belakang rahim.

Jadi lebih banyak darah akan sampai ke jantung kanan dan seterusnya kepada bayi. Cari posisi yang paling selesa. Alaslah dengan bantal di bahagian belakang untuk bantu menyokong dan mengurangkan sakit belakang.

Khamis, Januari 20, 2011

SYUKUR X TERHINGGA

/blush ALHAMDULILLAH syukur yang x terhingga, xtau mcmane aku nk panjatkan kesyukuran pd YANG MAHA ESA atas "keajaiban" terhebat.Berkat kesabaran,ketakwaan,kecekalan,doa2 aku + B selama ni aku memperoleh kepuasan yang aku sendiri xtau camne nak kongsikan.pape pon aku akn terus berdoa supaya kandungan aku yg br berusia 5minggu ni akn selamat sehingga dia pon boleh menikmati keindahan ciptaan YANG MAHA PENCIPTA ni."Ya ALLAH,terima kasih kerana mendengar serta memakbulkan doa2 ku selama ini,aku sentiasa bersyukur dengan kurniaan yang hebat ini Ya ALLAH,aku bermohon KAU lindungilah kandungan ku ,semoga semuanya selamat..amin " :D



/bye

Rabu, Januari 19, 2011

DEBARAN @ HARAPAN SEMATA2

/hmm hurm.....setiap perkahwinan inginkan zuriat sebagai penyambung warisan.wlwpon da 7 bln berlalu.rezeki belom menyebelahi aku.mungkin tu sume ada hikmah.aku ikhlas menanti dan x putus2 berdoa supaya dikurniakan "keajaiban" yg terhebat itu.Aku x sbr nak merasa "keajaiban" dr DIA.bulan januari 2011 ni , tanda2 aku nk period masih xde lg.supposed da dtg.da lewat beberapa hari.tp aku nk tgk dulu nxt week camne? kalo ikut B die soh tunggu smpai bln dpn :p..tp ati aku debar2.neves,happy..eh mcm2 la.tp aku xnak terlalu mengharap.tp tipu la ckp kalo sedikit harapan tu x diletakkan kan kan ? tp aku bersedia dengan segala kemungkinan.kalo ALLAH da tulis kali ni mmg rezeki aku,aku sgt2 la bersyukur x terhingga.mesti sume org pon happy.especially B.kalo belom lg.aku dan B xkan jemu berusaha :) kerana aku sentiasa berfikiran positif terhadap YANG MAHA ESA.


motif??

 /bye

Sabtu, Januari 15, 2011

macam2 perasaan

Bismillahirahmanirahim..=p xtau camne nak start.papepon aku realize msk thn 2011 ni aku rs sgt bersyukur pd yg ESA atas rezeki-rezeki yang dilimpahi.yang paling buat aku rasa sgt happy dan teruja,aku diberi kepercayaan untuk menata rias rumah client baru,yang aku anggap cukup special .smpai skunk pon aku rs cam mimpi je aku akan buat ID utk umah beliau ( sape beliau??,biarlah rahsia kot ) da la aku mmg minat kat die.ni br jmpe sehari dpn2 mata .aishhhh cair  ble die bersuara ...smpai terbw kat dlm mimpi ape yg die dok ckp..wlwpon hanya dgn perkataan "u ade sample x?" ouuuchhhh time tu TUHAN je tau betapa cam nak pengsan aku sbb sgt la x percaya.papepon aku kena jd professional dlm bekerja.aku akan cube beri yg terbaik utk kak aida + abg dot dot dot ...hope dorng happy ngn idea aku nnti.moga ALLAH buka minda n bg idea yg lebih menarik kat aku.btw kak aida pon da ckp,ble aku da siapkan umah die,die akn buat uma die tu as market utk aku.Alhamdulillah.terima kasih la kat kak aida sbb bg kepercayaan kat aku wlwpon b4 dis kwn die de offer free for doing id /XD
 .

p/s : pasni aku akn slalu ke rumah kak aida n pegi shopping ngn die.same time leh tgk kurniaan ALLAH yg indah itu...hehehehe




gambar hiasan

gambar hiasan

Khamis, Januari 13, 2011

FASHIONISTA

sy sgt kagum sgn HANA TAJIMA.tu jek yg mampu di tulis..huhu



pic kt to stylecovered

pssstt..boleh x ajar sy pki hijab mcm awak.pelizzzz

Khamis, Januari 06, 2011

juz nak share:

Alhamdulillah sejak aku nekad buat keputusan untuk " berhijrah" aku rs lebih tenang tp yg paling ketara aku rs lebih konfiden berbanding dulu.berkat doa aku selama ni ALLAH da makbulkan.lgpon aku ni sejak kawen rajen nak bc buku2 utk tmbh ilmu.ye la umur da semakin meningkat ,pemikiran pon mula la matang.ok aku ade bc satu artikel ni,yg bertulis..."kalau kite da simpan niat nak berubah ke jalan yg lebih baik dan diredhai ALLAH percepatkanlah ia.jgn di lengah2"