Rabu, Julai 27, 2011

Khasiat Kurma+Almond+Chocolate


KELEBIHAN KURMA (Dates)


Kelebihan kurma utk wanita hamil
Sabda Rasulullahs.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Surah Maryam Ayat 25: "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak."  Di dalam ayat al-Qur’an ini menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam.


Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

-Tentang Kurma-

-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersihhatinya)".
-Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
-Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
-Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati"

Kesihatan

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis 
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001) 

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan. 
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga. 

C. Membunuh Kuman Dalam Badan . 
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya". 

Kecerdasan dan Kecergasan

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran . 
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. 

B. Tenaga Segera 
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26: 
Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu". 

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak. 

Keperibadian

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran. 
Maksud Hadith Rasulullah s.a.w. : 
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya". 
"Melentur buluh biar dari rebungnya". Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadith ini dalam majalah Mingguan Wanita. 

Keberkatan

A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. 
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya; 
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma". 

B. Makanan Yang Paling Sempurna. 
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : 
"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan". 
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi "Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian".

KHASIAT BUAH BADAM (Almond)

Badam mengandungi 59% lemak dan 21% protein yang berkualiti seperti protein susu. Ia juga mengandungi vitamin A dan B disamping mineral-mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan ferum. Badam tidak mengandungi bakteria pereputan (putrefactive bacteria). Oleh itu ia tidak mudah mereput walaupun di dalam badan. Dari itu badam boleh dianggap sebagai makan yang bersih dan steril. Setiap 100gm badam boleh memberikan 661 kalori tenaga, hampir menyamai mentega.

Badam berkhasiat di dalam kes diabetes kerana ia tidak mengandungi kanji. Selain dari itu, badam juga berguna di dalam kes-kes riketsia, radang ginjal (nephritis), tifoid, pereputan instestin, cirit busuk (putrid diarrhea), anemia sekunder dan keasidan badan (hyperadcidity). Campuran badam di dalam minuman juga baik untuk mereka yang banyak menggunakan tenaga minda di dalam tugasan harian.

Kelebihan untuk Anak

Bangsa Yahudi mengamalkan ibu hamil supaya tiap2 hari makan kurma dan badam beserta susu dan adalah satu amalan yang memungkinkan bangsa Yahudi melahirkan anak2 yang bijak. Ketiga2 element (kurma,badam dan susu) ada dalam chocodate, maka amatlah sesuai dimakan oleh ibu2 mengandung. sumber: