Selasa, Ogos 23, 2011

INFO UNTUK PARA WANITA

Benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih2 tersebut ada yang membawa kromosom X & Y.
Sedangkan telur / benih perempuan hanya membawa kromosom X

Bergantung mana kromosom yang bercantum - XY [ anak lelaki ]     XX [ anak perempuan ]

Ciri-ciri benih lelaki berbeza :
- Benih Y lebih cergas dan laju bergerak,tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak,   tetapi hidup lebih lama.Benih Y lebih tahan lama dalam cecair yang beralkali, sedangkan beih X lebih tahan dalam cecair asid.

MERANCANG ANAK LELAKI

1. Makanan yang berasid seperti buahan2 yang masam cthnye limau, nanas, cuka, mangga dan minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba [ buat anak ].Makanan laut adalah sangat digalakkan. zat2 logam kalsium dan magnesium juga sgt diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur ister ( ovulation ) adalah penting.Untuk
mengetahui kaedah-kaedah waktu mengesan penetasan telur, sila google kat internet. :)
3.Menukarkan cecair faraj kepada alkalin dengan melakukan 'douching' atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas.20ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan.Cecair tersebut ( sodium bicarbonate ) boleh didapati di farmasi
4. Kaedah suntikan benih lelaki setelah air mani suami menjalani proses 'layering' atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embrio yang telah dishakan lelaki untuk dimasukkan ke dalam rahim.Kedua2 kaedah tersebut tidak memperbolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki,
tetapi jika disabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan << pada aku kaedah ni kalo org tu byk duit,dan menginginkan zuriat sgt2 sbb IVF tu bukan murah tau.






MERANCANG ANAK PEREMPUAN
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau ,asam, nenas,cuka ,air minuman bergas . Pantang makanan laut.( kontra dengan cara utk dpt anak lelaki ). 
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri ( ovulation ). Jangan bersetubuh selama 5hari mulai dari hari ovulation yang boleh dikesan dengan ujian2 kesuburan.so google la ape lagi. :)
3.melakukan 'douching'dengan menggunakan cecair asid ( very dilute lactacyd) 2jam sebelum persetubuhan dilakukan. 

p/s : Kita hanya merancang,Allah swt yang akan menentukan.kerana rezeki semua ditangan TUHAN.kite wajib percaya pada ALLAH dalam apa jua yang kita buat.papepon kite kena sentiasa bersyukur dengan nikmatNYA yang tak terhingga :)



MERANCANG ANAK KEMBAR


Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan.Kejadian kandungan kembar serba sedikit dipengaruhi oleh baka dan keterunan.

Wanita2 yang sedang menjalankan rawatan kesuburan, epluang untuk mendapatkan anak kembar bagi mereka yang mengambil pil kesuburan ( clomiphene ) ialah antara 5-10%,sedangkan mereka yang menerima suntikan hormon kesuburan atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF), peluang untuk mereka adalah 20-30%.akan tetapi rawatan suntikan hormon kesuburan membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur. :(