Khamis, September 15, 2011

X SABO NAK COTI LAME

Harini hari terakhir aku bekerja.(coti 2bln je) kalo dihitung2 lg 8 hari bby KM nak kua tgk dunia (inshaALLAH) lg cepat lg bgs sayang.dady awak sgt la x sbr nak jmpe awak.dis few days aku asyik dpt rs fake contraction,aku kerap rs saket @ "ketat" je.mcm nk dtg period tu tp saket die cam xtra sket.time nak jln tu mcm pedih2.ble die nyer saket makin menjadi aku pon dok bc la ayat " lailahaila anta ........".Alhamdulillah mujarab,saket tu makin kurang.kata pon fake contraction bleh la ilang2 saket die.cube kalo betol2 da nak bersalin...mungkin la kurang...mungkin..aku pon x pernah alami detik2 cemas ni.mcm2 perasaan skunk ni aku rasa.pape pon tiap kali pas solat aku x pernah lupe doa mintak diberi kekuatan untuk aku lalui semua ni dengan sempurna tanpa sebarang perkara yang memudaratkan.moga semuanya di permudahkan.aminyaroballalamin :)


Selasa, September 13, 2011

TANDA-TANDA AWAL DAH NAK BERSALIN

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

BAYI TURUN KE BAWAH

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut



 

 p/s : alhamdulillah dat day da jmpe bidan,die ckp kepala bby mmg da kat bwh,even ms p normal check up pon nurse tekan2 nurse pon ckp benda yg sama mcm bidan.


KELUAR LENDIR PEKAT ATAU KELUAR DARAH BERCAMPUR LENDIR
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital

 
SAKIT BELAKANG
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring

PECAH AIR KETUBAN 

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.tapi x semua orang akan pecah air ketuban.ade kes smpai kat hospital doktor yg pecahkan in same time kite ade rs sakit dpd contraction yg sdg berlaku


Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. 
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Khamis, September 08, 2011

TANDA-TANDA NAK BERSALIN


aduhaiiii da bp ari aku dok google merata2 semata2 nak tau ape tanda-tanda seseorng tu dah nak bersalin.ye la x sume org mengalami pengalaman yang sama.lebih2 kurang je kan.tp ikut ape yg aku dok google..ade la some of tanda2 yang dorng nyatakan tu berlaku kat aku.nervous plak.tp kalo ikutkan esok,jumaat 9/9/2011 kandungan aku genap 38minggu.ade info mengatakan usia kandungan antara 38-41minggu tu da ok kalo nak bersalin.tp xpe la aku 2ggu je seru bby aku ni nak kua.kdg2 aku ade rs saket2 kt bwh.cume x kerap la.xtau nak ckp fake contraction ke @ real.tp kalo real org ckp setiap 5min die saket.aku da la keje lg ni.sayang la nak cuti awal2.nnti rugi je.nak kena msk keje awal.tgk la nnti sehari dua b4 due date aku,aku cuti je la.risau gak.lgpon aku masih lg drive.mesti org akan ckp,"bia betik ko drive lg?", " kejamnyer suami ko tamo anta ko p keje n bia kan ko drive sendiri", n mcm2 lg.sokay sorait..act aku ni mmg da dilahirkan utk jd seorng yg suka sgt berdikari,aku slalu ckp kat B,selagi aku mampu dan larat nak buat sume benda sendiri aku xkan susahkan sape2.aku sentisa percaya pada ALLAH.sbb ALLAH sentiasa di sisi hambaNYA.ape yang perlu buat.sblm nak drve p keje tu aku berdoa mintak supaya ALLAH sentiasa melindungi aku + zuriat dlm kandunganku sepanjang perjalanan aku ke ofis,kalo pon ditakdir seru aku nak bersalin da smpai,biarla aku kat tempat yang selamat kalo boleh kat umah la.kalo B xde..mak ade :) wlwpon mak xleh drve.at least mak jd peneman ms aku dok mengerang kesakitan.



Rabu, September 07, 2011

INFO UNTUK IBU YANG SEDANG SARAT MENGANDUNG

Para ibu dinasihatkan agar segera berjumpa doktor atau bidan untuk memeriksa kandungan dan mendapatkan nasihat untuk tindakan selanjutnya.Anda akan rasa lebih yakin,tenang dan mempersiapkan diri untuk bersalin sekiranya sudah memahami apa yang berlaku pada badan anda pada setiap tahap kelahiran dan dapat menjangka apa yang akan berlaku.


- .masa raya ke-4 tu aku ajak mak p teman jmpe che pon (bidan).setelah di urut2 perutku.act bukan urut la.more to periksa nak tau camne kedudukan baby dlm perut ni.takut la baby bukan dalam posisi yang sebetulnya. Alhamdulillah,che pon ckp kepala baby mmg da betul2 kat tempat die,tunggu hari je la die nak kua.aku mmg bleh rasa la kepala die kat bwh.masa che pon tekan2 kat ari2 tu.saket die aduhaiii..ni blom saket nak beranak..seram plak.papepon aku slalu doa,mintak ALLAH lindungi aku + baby,beri aku kekuatan nak meneran nanti,permudahkan segala2nya.da la x pernah warded,ape ntah lagi masuk labour room.da nak dekat2 ni aku membz kan diri cr ayat2 al-quran yang org ckp bagus untuk di amalkan di saat sarat + hampir nak bersalin.aku redha + tawakal padaNYA.

Tapi dalam masa yang sama aku + B sgt la x sbr nak tunggu die keluar,asyik dok gomol fazrin (anak kakak - baru bp minggu je pon umur die )  geram sgt2.