Khamis, Mac 08, 2012

" if u want to talk to ALLAH.perform solah.If u want ALLAH to talk with u then read Quran "

"dun stop to seek forgiveness of ALLAH.Certainly ALLAH is ever forgiving, Merciful."

Allahuakbar !

Selasa, Mac 06, 2012

Finally !

wlwpon belum "finally".[a few more days to go] aku sgt la x sbr nak keluar dari "kepompong" ni.sebab da hampir 6thn kot.lama sgt2 da tu.aku kena keluat cari sesuatu kehidupan ( career) yang baru untuk ubah hidup aku.aku x pernah doa utk jadi kaya sbb semua tu hanya la sementara.aku nak hidup senang.bile aku berduit aku nak bayar semua hutang2 aku.hutang = sebongkah batu yang sgtla besar dok ade dlm kepala aku ni.setiap bulan je aku spend hampir 1.5k sahaja utk hutang.lom msk brg dapur bagai.
so sbb tu la aku nekad dgn keputusan aku letak notis sebulan kat tmpt keje skarang ni (setelah di timbang2 kesannya) aku kena percaya rezeki ALLAH tu ade je kat mana-mana.yang penting usaha.inshaALLAH.aku buat keputusan ni sbb aku pikir #KhalishMikael yang semakin membesar.nak tlg B ringankan beban.nak tlg mak ngn abah which is aku tau kalo aku ade duit berkepok2 pon lom tentu budi mak abah terbalas.
tapi itu slh satu usaha aku nak jadi anak yng kenang budi.
22/3 ni aku akan duduk n ambil semula exam PCE yang aku pernah gagal dulu ( sebab aku rasa ape yang aku bc alahai bp je la yang msk,tu yang failed tu.) xpe la harap2 kali ni ape yang aku baca msk la dlm otak.save memory.so untuk buat aku supaya boleh hafal n ingat ape yang aku bc (buku PCE sgt la tebal) aku pon Google la amalan2 supaya kita mudah menghafal.haa bgs  utk semua.aku lampirkan la serba sedikit:

1. menghindarkan diri daripada dosa.
   *dosa boleh buat hati kita jadi hitam
2. tingkatkan amalan rohani + amal soleh utk bersihkan hati

   *untuk dptkan keberkatan ALLAHswt
3. menghafal dlm keadaan fizikalyg sejahtera + segar,minda yg lapang + rehat

   *ilmu ssh nak igt kalo kite letih
4.beri tumpuan sepenuhnya semasa menghafal

   *Allah jdkan akal manusia x dpt fokus pd 2 perkara dlm satu masa
5.lafazkan hafalan sehingga boleh didengari oleh telinga kita sendiri

   *nikmat mendengar merupakan salah satu sumber ilmu, mcm kita dok nyanyi2 lagu kan.kalo da selalu nyanyi sure boleh hafal lirik tu :p
6.ulangi hafalan smpai betul2 mantap.

   *lebih mudah nak igt kalo kita fhm kandungan yang kita hafal tu
7. tulis perkarayang kita hafal dlm teks

   *@ lebih dikenali nota kaki .supaya kita x berlaku kesilapan
8. istiqamah dlm menghafal
   *hafalan yang berkala & sistematik perlu dipraktikkan setiap masa.sbb otak kita xkan boleh auto save kalo sekali hafalan je.
9. semak hafalan dgn rakan lain
   *teknik utk memantapkan hafalan berbanding hafalan sendirian
10. tampal nota @ bhn penting kat tmpt yg biasa & kerap kita tgk
   *slalunya cermin la kan.kalo utk subjek matematik &sains ni teknik paling berkesan.inshaALLAH
11. DOA &TAWAKAL
   *haaa ni semua orng tau kan.da berhempas pulas usaha.kita tmbhkan usaha kita dgn mintak tlg pd ALLAH swt dengan cara berdoa & tawakal sbb kita tau ALLAH Maha Pengurnia.sbb ALLAH la yg bagi kita daya ingatan yang kuat dan ALLAH juga la yang boleh Melupakan.





P/S : tak akan rugi dan menyesal kalo kita x jemu2 pnjatkan doa kerana ia slah satu bekalan di akhirat kelak.


SEMOGA BERJAYA KAWAN-KAWAN,ADIK-ADIK,AKAK-AKAK,ABANG-ABANG. !



Rabu, Februari 15, 2012

13 Peranan Ibu Mithali Dalam Keluarga

nak jadi seorng ibu mithali bukanla semudah yang disangka.terlalu berat tanggungjawab yang dipikul dan mcm2 peranan dlam rumahtangga.antaranya ialah :

1.pendidik keluarga
2. pemimpin kedua dlm segala hal berkaitan dgn rumah tangga
3. penasihat
4. doktor dan jururawat
5. mendisplinkan anak2 (manja biar bertempat)
6. kawan atau sahabat
7. penyelesai masalah
8. merangsang perkembangan mental anak2
9. mengawal  perkembangan dan tingkahlaku anak2
10. model pada anak2
11. mendoakan kejayaan anak2 di dunia & akhirat
12. mengawal ekonomi rumah tangga
13. menjaga harta & maruah suami serta keluarga






doaku : 'Ya Allah aku bermohon kepadamu lahirkan akhlak2 mulia dariku agar ia smpai kepada zuriat2 ku.tetapkanla iman ku.jauhilah aku dari segala dosa dan azab api neraka ya Allah.buka kan lah pintu taubatku,sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Pengampun amin "

Jumaat, Januari 20, 2012

MAK DAN ABAH


Doa Kudus Buat Ayah Bonda

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka
limpahkan padaku, peliharalah mereka
sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya
Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at
untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami
semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

By: Dunia macam-macam



- Baru je baca perenggan yang pertama,hati aku sebak, air mata bertangkungan di kelopak mata.







Nota :

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah!!

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.

Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini!


NAUZUBILLAHINIMZALIQ.aku takut tiap kali kalo terbuat mak @ abah aku menitiskan airmata.terus terdetik kat ati aku " aku anak derhaka? " mintak dijauhkan la semua tu.kerna aku juga punya anak.sebagaimana mak dan abah mahukan anak2nya menjadi yang terbaik,soleh dan solehah,begitu juga aku.begitu juga ibu2 dan bapa2 baru seperti aku.


setiap hari melihat anak yang kecil semakin membesar,tipu la kalo aku katakan hanya ade perasaan gembira semata2.walhal aku juga merasa betapa risaunya aku.apakah keadaan 20thn akan dtg?di saat anak kesayangan ku meningkat usia remaja.

aku nekad mengajak suami untuk mengubah cara hidup kami kepada yang lebih baik dan diredhai ALLAH swt sebelum kami meneruskan tanggungjawab terhadap 'amanah' yang dikurniakan.aku memperbanyakkan bacaan,mencari ilmu yang berkaitan.setiap hari x putus2 saya berdoa pada ALLAH supaya KHALISH MIKAEL dipanjangkan umurnya,diberi kesihatan yang baik,jauh dpd kejahatan dan kecelakan,menjadi anak yang soleh,sempurna sifatnya,baik akhlaknya ,mulia perilaku dan bijaksana akalnya.

Bonda dan ayah sayang khalish mikael smpai syurga :)
our faveret pic ever.SubhanaALLAH dia sgt comel waktu ini.Indahnya ciptaan Tuhan

Khamis, Januari 05, 2012

Nak Tukar Lah!

nak tukar ape ni?? hehehe.setelah tgk video lil muhammad anak kepada inspiration women & mum

comel kan.harap2 satu hari nanti our lil khalish mikael sebijak dan secomel muhammad.InsyaALLAH.