Dari Bulan Pertama                  Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan
(Minggu pertama hingga minggu ke 16) 
Pada usia kehamilan kita seminggu  iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst  (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu  kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2,  blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi  kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah  bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada  endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3  selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya  hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam  3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas  manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah  mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan  pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung  yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa  darah daripada jantung).Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5  didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm.  Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem  saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut.  Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan  membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang  dan organ reproduktif. 
Selain itu, kita perlu tahu bahawa  dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama  terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu  lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja. 
Pada minggu ke-6,  sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat  melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran  jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7,  bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk  dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan  memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah.  Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis.  Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun  tidak berapa jelas lagi.Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah  sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga  sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal  ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota  badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10,  bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu  ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair  oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi  kelak. 
Pada usia kehamilan minggu pertama -  minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi  tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya,  muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat  membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau  dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam,  batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi.  Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan  mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta  menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin  luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk  melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12  iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan  tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar  dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa  milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula  terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini  adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran  berkurangan pada minggu ke-12  kerana bayi semakin kukuh kedudukannya.  Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi  kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang  pergerakan.
Minggu ke-13, kepala  bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga  semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini  boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh.  Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat  perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan  minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak  meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3  kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan  jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya  melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung  kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan  lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran  darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah  sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil.  Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar  puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15,  bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari.  Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga  minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya  ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa  perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung  mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan  telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau  puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom  kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses  kelahiran kelak. 
Minggu ke-16.  Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita  perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk  sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta.  Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini  bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah  boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan