Khamis, Mac 24, 2011

happiness

Alhamdulillah skunk ni sume kwn2 aku yg tringin sgt nak baby...ALLAH da kurniakan rezeki yg tak ternilai tu.
yang tengah sarat tu ,sure mcm2 perasaan kekejangan perot dan sebagainya yang aku pon xtau.
coz lom smpai fasa tu lg.skunk ni pon cam x larat.tp aku happy nak lalui pengalaman camni.n lg x sabar nak rs movement c kecik ni.kena la 2ggu sebln dua lg kot.

ade jugak kawan2 aku yang da selamat melahirkan bayi2 yg sgt2 comel.

 baby Saffiya 23/03/2011
Tahniah ashie coz dikurniakan baby yg comel.

ni yang buat aku x sbr nak 2ggu anak aku plak kua..camne la rupe?..ape la jantina die?.ape la kaler kulit die?  tp sume tu aku x kesah..yang penting ALLAH sentiasa melindungi kami dan anak yang bakal aku lahirkan sihat wala'fiat ,sempurna sifatnya,baik akhlaknya,mulia perilakunya.aminn :)

For those moms out there b a gud mum + idol to your child

Rabu, Mac 16, 2011

Kisah Nabi Allah Ibrahim dan Menantunya - Panduan suami isteri - Jadikan Iktibar !!!


Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah.
Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)


"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

p/s : thanx to my adik for sharing dis 

Jumaat, Februari 11, 2011

Amalan Yang Mulia Ketika Hamil

kat bawah ni nnti aku nak share ngn sume org.act bkn utk ibu yang sdg hamil.aku rasa utk isteri yg ingin hamil pon bgs amalkan surah2 ni.


  1.  al - fatihah : untuk menerangkan hati dan kuatkan daya ingatan
  2. surah maryam : mudah bersalin dan mendapat anak yang sabar dan taat
  3. surah Luqman : untuk mendapat anak yang cerdik akal dan jiwa
  4. surah yusuf : untuk mendapat anak yang cantik rupa dan akhlak
  5. surah hujarat : memperbanyakkan susu ibu and anak yang bersifat hati-hati
  6. surah yassin : mendapatkan ketenangan hati dan anak2 tidak terpengaruh dgn godaan syaitan dan menjauhi maksiat.
  7. surah taubah : untuk membersihkan jiwa
  8. surah an-nahl : untuk mendapat anak yang berdisiplin
mudah2an dengan amalan ini,semua doa2 kita termakbul.inshaALLAH.

girlemo

Aku Yang Teraniaya !

http://www.emocutez.com girlemoHurm..ntah la.patut ke aku cakap yg aku ni teraniaya.aku rasa kalo org lain la kat tmpt aku skunk ni da lama die ckp die teraniaya.bile buat baik org amek kesempatan,bile buat jahat....ishh xnak la aku.simpang 44malaikat.aku slalu bersyukur dgn kurniaan bakat yang ALLAH bg kat aku slama ni.dgn bakat yg aku ada ia da jadi salah satu sumber rezeki aku.Syukur Alhamdulillah.aku + hubby pon da set up company sendiri.berdaftar lagi.kiteorng daftar company pon untuk mendapat kepercayaan pelanggan2.tapi setelah aku bekerja keras ,masa yg diluangkan (khas) ..majikan aku pon x camni buat bisnes.aku pulak dikritik,ditomah.xpe la aku anggap ni smua dugaan untuk berjaya.even sesen pon aku x dpt lg.yang paling sedih kalo bangsa sendiri yang buat camtu.nauzubillah.owwhh..my mistake.pape pon,bisnes is bisnes,fren is fren.business is not charity.tp jgn lupe pada KARMA.ble kite menganiaya orang,ALLAH sentiasa di sisi yang teraniaya.

DOA BAGI YANG TERANIAYA


“Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian ENGKAU dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal ENGKAU, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.” “Wahai tuhan kami, ENGKAUlah penolong kami, maka kepada ENGKAU kami mohon pertolongan. Wahai Tuhan kami, ENGKAUlah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada ENGKAUlah kami pohon selamat. ”

“Selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMU, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada Tuhan bagi kami melainkan ENGKAU demi kebesaran wajah ENGKAU dan kemuliaan kesucian ENGKAU, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba ENGKAU, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari ENGKAU wahai Tuhan yang Maha Pemurah.”

“Wahai Tuhan sama ada ENGKAU lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana KAMU lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan KAMU menundukkan mereka seperti seperti KAMU menundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun KAMU lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan KAMU hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan, Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhlukNYA, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya ENGKAU berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”





girlemo