Jumaat, Februari 11, 2011

Aku Yang Teraniaya !

http://www.emocutez.com girlemoHurm..ntah la.patut ke aku cakap yg aku ni teraniaya.aku rasa kalo org lain la kat tmpt aku skunk ni da lama die ckp die teraniaya.bile buat baik org amek kesempatan,bile buat jahat....ishh xnak la aku.simpang 44malaikat.aku slalu bersyukur dgn kurniaan bakat yang ALLAH bg kat aku slama ni.dgn bakat yg aku ada ia da jadi salah satu sumber rezeki aku.Syukur Alhamdulillah.aku + hubby pon da set up company sendiri.berdaftar lagi.kiteorng daftar company pon untuk mendapat kepercayaan pelanggan2.tapi setelah aku bekerja keras ,masa yg diluangkan (khas) ..majikan aku pon x camni buat bisnes.aku pulak dikritik,ditomah.xpe la aku anggap ni smua dugaan untuk berjaya.even sesen pon aku x dpt lg.yang paling sedih kalo bangsa sendiri yang buat camtu.nauzubillah.owwhh..my mistake.pape pon,bisnes is bisnes,fren is fren.business is not charity.tp jgn lupe pada KARMA.ble kite menganiaya orang,ALLAH sentiasa di sisi yang teraniaya.

DOA BAGI YANG TERANIAYA


“Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian ENGKAU dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal ENGKAU, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.” “Wahai tuhan kami, ENGKAUlah penolong kami, maka kepada ENGKAU kami mohon pertolongan. Wahai Tuhan kami, ENGKAUlah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada ENGKAUlah kami pohon selamat. ”

“Selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMU, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada Tuhan bagi kami melainkan ENGKAU demi kebesaran wajah ENGKAU dan kemuliaan kesucian ENGKAU, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba ENGKAU, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari ENGKAU wahai Tuhan yang Maha Pemurah.”

“Wahai Tuhan sama ada ENGKAU lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana KAMU lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan KAMU menundukkan mereka seperti seperti KAMU menundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun KAMU lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan KAMU hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan, Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhlukNYA, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya ENGKAU berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”





girlemo

2 ulasan:

  1. + biasalah ros.. sebab tu orang kerja sendiri ni hati dia cekal.. sebab awal2 lagi dah diuji macam2.. mana ada orang bussines yg tak pernah kene anaiaya.. husband oya sampai terduduk.. sebab percayakan orang.. tp lama2, bila kita jujur, orang ramai akan percaya.. peace!

    BalasPadam
  2. hurm..tu la.niat nak tlg kwn2.bisnes ngn kwn2 bkn la bermakna xyah byr sesen.xtau la nak ckp camner.yg paling sedih bile diherdik,difitnah mcm2.x takut ke azab ALLAH.smoga ALLAH buka pintu hati sipolan itu :)

    BalasPadam